MOE Letter Application
E-Newspaper NetEase (Chinese)

E-Newspaper NetEase (English Translation)

Malaysia's 10 best International Schools in 2020 at Elite Education
Covid 19 Update
嘉德圣玛丽森林城市分校开课
Kampus Global Pertama di Asia Tenggara
嘉德圣玛丽森林城市国际学校
SHATTUCK-ST MARY'S FOREST CITY SASAR 1,000 PELAJAR ENROLMEN FASA PERTAMA
ISKANDAR PUTERI, 26 Ogos (Bernama) -- Sebuah daripada sekolah berasrama terkemuka di Amerika Syarikat, Shattuck-St Mary's School menjangkakan untuk menerima lebih 1,000 pelajar menjelang tahun depan bagi fasa pertama enrolmen di kampus Forest City di sini.
Ketua Sekolah Antarabangsa Shattuck-St Mary's Forest City, Graham Gamble berkata enrolmen akan membabitkan tiga fasa dengan jumlah kapasiti pelajar sebanyak 3,000.
“Pengambilan fasa pertama melibatkan kira-kira 1,000 pelajar daripada umur seawal tiga tahun sehingga 18 tahun, dan kami optimis dengan pertumbuhan enrolmen kami dan kami berharap untuk mencapai sasaran kami sebanyak 3,000 dalam beberapa tahun akan datang.
“Ini adalah kampus sekolah yang pertama di peringkat global, terletak di sini di Asia Tenggara, kami mempunyai sesuatu yang amat unik untuk ditawarkan dari segi nilai dan kami satusatunya sekolah terkemuka Amerika dengan sejarah 160 tahun, di sini di Johor,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Shattuck-St Mary's Forest City International School, di sini, hari ini.
Gamble berkata sehingga kini, jumlah pelajar yang mendaftar masuk ialah 160, terdiri daripada peringkat prasekolah sehingga menengah tinggi - pada sesi sekolah bermula pada Ogos dengan mempunyai 17 guru daripada China, United Kingdom, Filipina, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
REN SMK HA RHM